Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) mungkin sebuah parti paling muda lahir pada hari ini. Namun BERSATU dipimpin oleh bekas Perdana Menteri yang juga pengasas UMNO baru dan bekas-bekas ahli UMNO yang dipecat dan yang meninggalkan parti.
Mengikut tinjauan oleh beberapa akhbar online, BERSATU dilihat lebih popular berbanding parti-parti yang ada di Malaysia. Di ruangan komen pula kutukan keatas BN lebih banyakkan berbandiang BERSATU.
Walaupun BERSATU memberi keahlian yang agak pelik iaitu ahli dan ahli bersekutu ia tetap menjadi alternative bagi pengundi muda. Mungkin bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri agak berusia namun, bekas Menteri Besar Kedah dan bekas Menteri Pembanguan Wilayah dan Luar Bandar masih muda dan mempunyai penyokong yang besar.
BERSATU mendapat sokongan secara lisan dari parti KEADILAN, DAP dan mungkin AMANAH bagi menjatuhkan presiden UMNO merangkap Perdana Menteri dan Menteri Kewangan namun belum ada tanda-tanda untuk menjalinkan pakatan yang lebih kuat atas dasar satu nama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment