Damai dan
salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Polis dan
rasuah bukan lah perkara asing bagi kita. Sebaik-baik pun seorang polis itu,
imej rasuah memang sudah sebati dengan mereka. Baik yang berpangkat mahupun
polis biasa. Mereka seakan-akan imej rasuah paling dekat dengan rakyat. Di
Daerah Mukah misalnya, sebuah pekan kecil yang membesar seiring dengan
perkembangan dunia tidak terkecuali dengan polis dan rasuah. Sebut sahaja nama
pegawai polis itu atau ini pasti penduduk akan kenal mereka. Sepanjang saya di
Mukah, saya terserempak beberapa orang anggota polis yang sedang membuat
rondaan harian. Seperti penduduk tempatan mereka menggunakan kemderaan “polis”
seperti penduduk tempatan juga. Pernah sekali saya melihat kenderaan polis
seakan-akan mahu “drive” di simpang empat di depan dewan suarah mesra sekarang
sudah ada trafik light. Lebih memalukan mereka memasuki simpang tanpa perlu
pula untuk memberi signal. Polis mahu rakyat mengikuti arahan dan mematuhi
undang-undang namun mereka mencerminkan bahawa mereka pun tidak mempedulikan
undang-undang. Janji mereka mendapat gaji pada akhir bulan.
Seperti
yang kita sedia maklum, polis mempunyai jadual bergilir atau shift. Ada yang
bertugas pada waktu pagi, petang dan malam. Ada yang lebih suka kerja malam, ada
yang lebih suka kerja siang. Pernah sekali semasa saya memandu pulang pada
waktu malam, polis menahan sebuah lori sawit yang penuh dengan muatan. Jalan
raya pada ketika itu amat gelap hanya diterangi oleh cahaya motosikal saya.
Tiba-tiba, di depan saya, saya melihat anggota polis sedang menahan sebuah lori
sawit. Sepatutnya polis perlu menyalakan lampu kecemasan atau cahaya lampu
siren mereka namun lainpula yang mereka lakukan pada malam itu. namun saya
tidak mensyaki apa-apa. Polis hanya menjalankan tugas pada waktu malam, di atas
jalan yang gelap pada waktu malam.
Sebenarnya
banyak lagi aktiviti anggota polis yang mencurigakan. Akibat gaya hidup yang
mewah almaklumlah pegawai kerajaan mereka mahu menaiki kereta mewah. Pada malam
tadi seorang anggota polis yang “terkenal” di kawasan saya menaiki kereta yang
boleh di katakana mahal (kereta import) menunjukkan muka “stim” kearah teman
wanita saya. Adalah dimaklumkan bahawa, anggota polis itu juga dikatakan
mempunyai “skandal” dengan adik kepada ipar kepada bekas setiausaha politik
ketua menteri di sebuah negeri di kepulauan Borneo. Sesungguhnya anggota polis
ini juga mempunyai banyak kisah-kisah di sebalik tabir sehingga dia pernah di
hantar bertugas di luar kawasan.
0 comments:
Post a Comment