MO1

on Sunday, August 21, 2016

Hari ini siasatan keatas 1MDB semakin panas dan semakin hebat diperkatakan. 1MDB adalah syarikat perlaburan stategik kerajaan namun ia jatuh kedalam bebanan hutang yang tinggi. Oleh kerana status syarikat ini dibawah jaminan kerajaan apa-apa liabiliti syarikat ini ditanggung oleh kerajaan dan ini bermakna rakyat yang akan membayar hutang syarikat.
Dalam isu MO1 atau Malaysian Official One merujuk kepada pegawai tertinggi kerajaan. Pegawai tertinggi kerajaan adalah Perdana Menteri itu sendiri. Walaupun di Malaysia ketua kepada Badan Eklusif adalah Yang Dipertuan Agong namun YDA bukan seorang pegawai kerajaan. Baginda hanya ketua semua organisasi di Malaysia baik bagi pihak kerajaan, swasta mahupun angkatan bersenjata yang lain. Ini kerana, semua rakyat Malaysia adalah patut untuk mentaai YDA kerana baginda bukan pegawai kerajaan yang menerima gaji secara bulanan.
Jelas sekali MO1 adalah ketua kerajaan dan bukan ketua negara. Ketua Negara adalah YDA manakala Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri. Kesemua jemaah menteri, setiausaha-setiausaha kementerian, pegawai-pegawai tertinggi kerajaan sehingga kakitangan kerajaan adalah PEGAWAI KERAJAAN atau dalam bahasa antarabangsa adalah GOVERMENT OFFICER bukan pagawai istana.
Diharap, tiada lagi pihak yang akan keliru siapa Ketua Kerajaan dan Ketua Negara Malaysia. Ketua Kerajaan berkhidmat untuk rakyat manakala Ketua Negara adalah Ketua Negara secara keselurahnya.


0 comments:

Post a Comment

help