Mujun Bisa kali ini mengungkap senario politik Malaya pada hari ini. Sebuah parti "serpihan" UMNO akan lahir bagi memberi cabaran baru kepada UMNO. Tidak seperti parti-parti yang ditubuhkan oleh bekas ahli UMNO, bersatu didirikan oleh tokoh-tokoh besar politik Malaya. Antaranya ialah Bekas Timbalan Perdana Menteri, Bekas Menteri Pembanganan Wilayah dan Luar Bandar, Bekas Menteri Besar Kedah dan Bekas Perdana Menteri ke-iv.
Berbanding dengan kelahiran parti-parti sebelumnya, BERSATU ditubuhkan bagi menentang tindakan Presiden parti UMNO yang dikatakan menyalahguna kuasa sebagai Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan. Oleh kerana mereka tidak menyokong kepimpinan parti, tindakan disiplin dikenakan keatas mereka dan hasilnya mereka digantung dan kemudiannya dipecat dan meninggalkan parti.
BERSATU semestinya bekas Timbalan Perdana Menteri yang akan memimpin parti secara sementara (kerana sistem demokrasi memerlukan undian bagi menentukan jawatan) sebelum perhimpunan agung parti(jika ada) yang akan menentukan siapa yang harus berada di atas bagi memimpin parti.
UMNO pula dipimpin oleh presiden parti yang naik secara peralihan kuasa (bekas presiden menyerahkan kuasa kepada timbalan). Kemudian pada pemilihan seterusnya, beliau berjaya mengekalkan jawatan tanpa perlu bertanding. (bagi mengelakkan parti berpuak-puak dengan ideologi calon-calon president).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment