Polis Oh Polis

on Friday, August 31, 2012

Damai dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian.
Polis dan rasuah bukan lah perkara asing bagi kita. Sebaik-baik pun seorang polis itu, imej rasuah memang sudah sebati dengan mereka. Baik yang berpangkat mahupun polis biasa. Mereka seakan-akan imej rasuah paling dekat dengan rakyat. Di Daerah Mukah misalnya, sebuah pekan kecil yang membesar seiring dengan perkembangan dunia tidak terkecuali dengan polis dan rasuah. Sebut sahaja nama pegawai polis itu atau ini pasti penduduk akan kenal mereka. Sepanjang saya di Mukah, saya terserempak beberapa orang anggota polis yang sedang membuat rondaan harian. Seperti penduduk tempatan mereka menggunakan kemderaan “polis” seperti penduduk tempatan juga. Pernah sekali saya melihat kenderaan polis seakan-akan mahu “drive” di simpang empat di depan dewan suarah mesra sekarang sudah ada trafik light. Lebih memalukan mereka memasuki simpang tanpa perlu pula untuk memberi signal. Polis mahu rakyat mengikuti arahan dan mematuhi undang-undang namun mereka mencerminkan bahawa mereka pun tidak mempedulikan undang-undang. Janji mereka mendapat gaji pada akhir bulan.
Seperti yang kita sedia maklum, polis mempunyai jadual bergilir atau shift. Ada yang bertugas pada waktu pagi, petang dan malam. Ada yang lebih suka kerja malam, ada yang lebih suka kerja siang. Pernah sekali semasa saya memandu pulang pada waktu malam, polis menahan sebuah lori sawit yang penuh dengan muatan. Jalan raya pada ketika itu amat gelap hanya diterangi oleh cahaya motosikal saya. Tiba-tiba, di depan saya, saya melihat anggota polis sedang menahan sebuah lori sawit. Sepatutnya polis perlu menyalakan lampu kecemasan atau cahaya lampu siren mereka namun lainpula yang mereka lakukan pada malam itu. namun saya tidak mensyaki apa-apa. Polis hanya menjalankan tugas pada waktu malam, di atas jalan yang gelap pada waktu malam.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti anggota polis yang mencurigakan. Akibat gaya hidup yang mewah almaklumlah pegawai kerajaan mereka mahu menaiki kereta mewah. Pada malam tadi seorang anggota polis yang “terkenal” di kawasan saya menaiki kereta yang boleh di katakana mahal (kereta import) menunjukkan muka “stim” kearah teman wanita saya. Adalah dimaklumkan bahawa, anggota polis itu juga dikatakan mempunyai “skandal” dengan adik kepada ipar kepada bekas setiausaha politik ketua menteri di sebuah negeri di kepulauan Borneo. Sesungguhnya anggota polis ini juga mempunyai banyak kisah-kisah di sebalik tabir sehingga dia pernah di hantar bertugas di luar kawasan.


SEX DAN REMAJA

on Tuesday, June 5, 2012
Sex merupakan jantina antara lelaki dan perempuan. Sex juga merujuk kepada aktiviti kelamin antara lelaki dan perempuan. Manakala remaja merujuk kepada mereka yang berusia antara 13 tahun hingga 19 tahun. Remaja juga dibahagi kepada beberapa peringkat umur. 13 tahun hingga 15 tahun diketegorikan sebagai umur remaja muda. Kebanyakan pada usia ini, remaja sudah atau sedang dalam peringkat baligh atau hormone badan remaja sedang matang untuk berubah dari kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Pada peringkat ini, badan atau tubuh badan remaja akan cepat membesar dan banyak perubahan akan dialami oleh remaja tersebut. Pada peringkat ini juga tarikan antara jantina juga menjadi semakin kuat. maka tidak hairanlah pada usia ini kebanyakan remaja menemui cinta pertama mereka. Mereka yang paling active ialah remaja perempuan. Selalunya kecantikan wanita mula mekar pada usia ini. Manakala bagi remaja lelaki pula mereka lebih cenderung untuk mencari dan mencuba sesuatu yang baru. Mereka pada usia ini lebih active dan suka atau lebih bermain. Pada usia 16 tahun dan 17 tahun remaja sedang pada peringkat remaja pertengahan.terdpat remaja yang mencapai pertumbuhan maksimun pada usia ini dan tidak kurang juga remaja yang baru mencapai akil baligh. Pada peringkat ini kebanyakan remaja sedang hangat dilamun cinta. Tidak kurang juga yang menumpukan pada pelajaran. Maka tidak hairan jugalah pada usia ini ada remaja yang telah hilang ciuman pertama atau teruna atau dara. Ini kerana, hormone sex manusia pada peringkat umur ini sedang active. Lebih-lebih lagi apabila teknologi cangih telah mendewasakan para remaja dengan pantas. Mereka juga didorong oleh banyak factor seperti, rakan sebaya, keinginan ingin tahu pendedahan kepada media social baik media cetak mahupun elektronik. Seterusnya usia remaja pada akhir remaja iaitu 18 tahun dan 19 tahun. Pada peringkat ini mereka menuntut kepada kebebesan dan ingin melakukan segalanya tanpa disekat. Maka tidak hairanlah kebanyakan pusat hiburan menjadi tempat mereka untuk menikmati kebebasan. Sebenarnya, tidak mengira pada peringkat usia apa pun manusia dan sex tidak dapat tidak menarik keingin normal seorang manusia. Namun demikian sex dan remaja semakin dekat dengan masyarakat pada hari ini. Semakin awal sesorang itu menikmati sex maka semakin tinggi keinginan diri mereka untuk menikmati sex. Maka semakin banyak lah kes-kes keruntuhan moral yang akan kita dengar selepas ini.maka semakin banyaklah kejadian Ibu MUda, Ibu Tunggal dan lebih menyedihkan kes buang bayi dan HIV AIDS.

mulut mulut

on Wednesday, March 21, 2012
ehem3..PRU13 menjelang tiba..semakin banyak plak cerita tentang calon2 yang akan bertanding, yang akan dicalonkan, calon yang akan digugurkan dan tidak kurang juga yang calon yang menarik diri..belum apa apa dah nak menarik diri..sebenarnya apa tugas sebenar seorang wakil rakyat? kebanyakan para wakil rakyat adalah mereka yang aktif di dalam dunia perniagaan. makanya, mereka akan lebih banyak masa untuk perniagaan mereka daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. ada yang menerima tawaran menjadi pengerusi beberapa buah syarikat, pertubuhan-pertubuhan berasaskan keuntungan mahupun tidak. jika bernasib baik, para wakil rakyat ini dilantik menjadi menteri atau jawatan-jawatan di dalam kabinet negeri mahupun persekutuan. jadi, mereka sudah kekurangan masa untuk bersama rakyat. adapun jika ada keramaian di tempat mereka. jika mereka dijemput pastinya mereka akan menghantar wakil atas alasan ada tugas yang penting untuk dilaksanakan. kita faham jika wakil rakyat kita seorang ketua menteri. menteri besar mahupun perdana menteri. atau para menteri atau setiausaha atau yang sama waktu dengannya.tetapi jika wakil rakyat kita hanya wakil rakyat??beliau sepatutnya lebih banyak masa bersama rakyat di bawah naunganya. adakah seorang wakil rakyat perlu dilayan seperti seorang kerabat diraja? diiringi para pegawai keselamatan? kenapa??adakah itu kelebihan seorang wakil rakyat? rakyat tidak boleh berjabat tangan dengan wakil rakyat kita sendiri atau kita pilih saja cara lain untuk memberitahu kepada para wakil rakyat bahawa tanpa rakyat maka tiadalah wakil rakyat. setiap rakyat berhak menentukan siapa yang patut menjadi wakil rakyat. makanya pilih lah mereka yang betul-betul dan yang benar-benar mahu menjadi wakil rakyat sepenuh masa bukan part time ya ataupun kontark lima tahun..kami mahu politik cara baru

help