MO1

on Sunday, August 21, 2016

Hari ini siasatan keatas 1MDB semakin panas dan semakin hebat diperkatakan. 1MDB adalah syarikat perlaburan stategik kerajaan namun ia jatuh kedalam bebanan hutang yang tinggi. Oleh kerana status syarikat ini dibawah jaminan kerajaan apa-apa liabiliti syarikat ini ditanggung oleh kerajaan dan ini bermakna rakyat yang akan membayar hutang syarikat.
Dalam isu MO1 atau Malaysian Official One merujuk kepada pegawai tertinggi kerajaan. Pegawai tertinggi kerajaan adalah Perdana Menteri itu sendiri. Walaupun di Malaysia ketua kepada Badan Eklusif adalah Yang Dipertuan Agong namun YDA bukan seorang pegawai kerajaan. Baginda hanya ketua semua organisasi di Malaysia baik bagi pihak kerajaan, swasta mahupun angkatan bersenjata yang lain. Ini kerana, semua rakyat Malaysia adalah patut untuk mentaai YDA kerana baginda bukan pegawai kerajaan yang menerima gaji secara bulanan.
Jelas sekali MO1 adalah ketua kerajaan dan bukan ketua negara. Ketua Negara adalah YDA manakala Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri. Kesemua jemaah menteri, setiausaha-setiausaha kementerian, pegawai-pegawai tertinggi kerajaan sehingga kakitangan kerajaan adalah PEGAWAI KERAJAAN atau dalam bahasa antarabangsa adalah GOVERMENT OFFICER bukan pagawai istana.
Diharap, tiada lagi pihak yang akan keliru siapa Ketua Kerajaan dan Ketua Negara Malaysia. Ketua Kerajaan berkhidmat untuk rakyat manakala Ketua Negara adalah Ketua Negara secara keselurahnya.

Pemimpin BERSATU

Parti Bumiputra Bersatu juga menggunakan President Parti sebagai ketua parti. Ini adalah secara mudah untuk menjadi ketua sesebuah parti iaitu dengan menubuhkan parti baru. Namun, pemilihan agung harus dilakukan bagi membuktikan parti ini adalah demokrasi.
Namun,selalunya sebagai parti baru pengasas-pengasas memang akan menganggotai kerusi-kerusi tertinggi. Walaupun parti BERSATU masih belum diluluskan namun secara teknikal mereka sudah memiliki kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Bercakap pada kedudukan tertinggi parti, BERSATU tidak harus seperti UMNO kerana terlalu kekeluargaan. Maksudnya, dari ayah kepada anak. Sepatutnya parti ini menjaga kepentingan rakyat keseluruhan supaya sokongan pengundi lebih kukuh dan bersatu

Pemimpin UMNO

Puncak tertinggi institusi kepartian di Malaysia ialah President Parti. Sesetengah parti politik menggelar Ketua Parti mereka sebagai Pengerusi. UMNO pemimpin tertinggi mereka ialah Presiden UMNO.
Hari ini, kedudukan seorang President UMNO tidak dipertandingkan. Boleh dikatakan tiada berlaku pertandingan untuk kerusi President Parti. Apa yang berlaku ialah peralihan kuasa dari President terdahulu kepada Timbalan President yang secara automatik Perdana Menteri. Selalunya, President UMNO mempunyai pilihan beliau sendiri. Agendanya agar pengganti akan menyambung agenda yang beliau telah rencanakan. Aliran peralihan kuasa dari President kepada Timbalan President berlaku tanpa proses demokrasi. Timbalan menang tanpa perlu bertanding untuk kedudukan kerusi President. Apabila beliau sudah menjadi President parti, Timbalan President atau sesiapa tidak akan melawan atau menentang Prisident. Tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku hanya kerusi Timbalan President dan kerusi-kerusi yang seterusnya berlaku perebutan di kalangan ahli. Walaupun akar umbi mempunyai kuasa untuk mengusulkan nama President Parti untuk pemilihan parti namun apa yang berlaku ialah nama yang sama akan memjadi pilihan.
Sejak penubuhan UMNO boleh dikatakan hanya keturunan pengasas dan bekas-bekas President akan berada di puncak. Paling jelas ialah President Parti yang ketiga dan hari ini anak beliau menerajui parti. President yang keempat juga anak kepada pengasas kepada parti kini  anak beliau adalah Naib President Parti juga sepupu kepada President Parti pada hari ini.
Hari ini, tiada yang berani secara terang-terangan menentang tetapi lebih banyak menyokong. Ini adalah bagus untuk politik negara namun "scandal" besar mencacatkan UMNO itu sendiri.

BERSATU vs UMNO

on Thursday, August 18, 2016

Mujun Bisa kali ini mengungkap senario politik Malaya pada hari ini. Sebuah parti "serpihan" UMNO akan lahir bagi memberi cabaran baru kepada UMNO. Tidak seperti parti-parti yang ditubuhkan oleh bekas ahli UMNO, bersatu didirikan oleh tokoh-tokoh besar politik Malaya. Antaranya ialah Bekas Timbalan Perdana Menteri, Bekas Menteri Pembanganan Wilayah dan Luar Bandar, Bekas Menteri Besar Kedah dan Bekas Perdana Menteri ke-iv.
Berbanding dengan kelahiran parti-parti sebelumnya, BERSATU ditubuhkan bagi menentang tindakan Presiden parti UMNO yang dikatakan menyalahguna kuasa sebagai Perdana Menteri dan merangkap Menteri Kewangan. Oleh kerana mereka tidak menyokong kepimpinan parti, tindakan disiplin dikenakan keatas mereka dan hasilnya mereka digantung dan kemudiannya dipecat dan meninggalkan parti.
BERSATU semestinya bekas Timbalan Perdana Menteri yang akan memimpin parti secara sementara (kerana sistem demokrasi memerlukan undian bagi menentukan jawatan) sebelum perhimpunan agung parti(jika ada) yang akan menentukan siapa yang harus berada di atas bagi memimpin parti.
UMNO pula dipimpin oleh presiden parti yang naik secara peralihan kuasa (bekas presiden menyerahkan kuasa kepada timbalan). Kemudian pada pemilihan seterusnya, beliau berjaya mengekalkan jawatan tanpa perlu bertanding. (bagi mengelakkan parti berpuak-puak dengan ideologi calon-calon president).

Kekuatan UMNO

UMNO mungkin sudah sekian lama mewarnai dunia politik Malaya dan Malaysia khasnya. Dari usaha menentang Malayan Union sehingga diharamkan oleh ROS sehingga hari ini dikenali sebagai UMNO baru ia masih kekal memjadi pilihan tiga juta penyokong tegar diseluruh Tanah Melayu dan Sabah.
UMNO awalnya menyedari berdiri sendiri (sokongan orang melayu) mereka tidak akan kuat bagi menuntut kemerdekaan. UMNO akhirnya bergabung dengan MIC (sokongan kaum cina) dan memerlukan sokongan kaum India (MIC) bagi menuntut kemerdekaan. Maka, PERIKATAN dilahirkan dengan dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.
Selepas penubuhan Malaysia 1963, UMNO merasakan PERIKATAN sahaja tidak akan kuat. Akhirnya selepas 10 tahun penubuhan Malaysia, PERIKATAN mengadakan ikatan baru bersama parti-parti politik di Sabah dan Sarawak. Hasilnya, UMNO menggantikan UKNO di Sabah dan lahirlah BARISAN NASIONAL.

Kekuatan UMNO

UMNO mungkin sudah sekian lama mewarnai dunia politik Malaya dan Malaysia khasnya. Dari usaha menentang Malayan Union sehingga diharamkan oleh ROS sehingga hari ini dikenali sebagai UMNO baru ia masih kekal memjadi pilihan tiga juta penyokong tegar diseluruh Tanah Melayu dan Sabah.
UMNO awalnya menyedari berdiri sendiri (sokongan orang melayu) mereka tidak akan kuat bagi menuntut kemerdekaan. UMNO akhirnya bergabung dengan MIC (sokongan kaum cina) dan memerlukan sokongan kaum India (MIC) bagi menuntut kemerdekaan. Maka, PERIKATAN dilahirkan dengan dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.
Selepas penubuhan Malaysia 1963, UMNO merasakan PERIKATAN sahaja tidak akan kuat. Akhirnya selepas 10 tahun penubuhan Malaysia, PERIKATAN mengadakan ikatan baru bersama parti-parti politik di Sabah dan Sarawak. Hasilnya, UMNO menggantikan UKNO di Sabah dan lahirlah BARISAN NASIONAL.

Kekuatan Bersatu

Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) mungkin sebuah parti paling muda lahir pada hari ini. Namun BERSATU dipimpin oleh bekas Perdana Menteri yang juga pengasas UMNO baru dan bekas-bekas ahli UMNO yang dipecat dan yang meninggalkan parti.
Mengikut tinjauan oleh beberapa akhbar online, BERSATU dilihat lebih popular berbanding parti-parti yang ada di Malaysia. Di ruangan komen pula kutukan keatas BN lebih banyakkan berbandiang BERSATU.
Walaupun BERSATU memberi keahlian yang agak pelik iaitu ahli dan ahli bersekutu ia tetap menjadi alternative bagi pengundi muda. Mungkin bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri agak berusia namun, bekas Menteri Besar Kedah dan bekas Menteri Pembanguan Wilayah dan Luar Bandar masih muda dan mempunyai penyokong yang besar.
BERSATU mendapat sokongan secara lisan dari parti KEADILAN, DAP dan mungkin AMANAH bagi menjatuhkan presiden UMNO merangkap Perdana Menteri dan Menteri Kewangan namun belum ada tanda-tanda untuk menjalinkan pakatan yang lebih kuat atas dasar satu nama.

help