mulut mulut

on Wednesday, March 21, 2012
ehem3..PRU13 menjelang tiba..semakin banyak plak cerita tentang calon2 yang akan bertanding, yang akan dicalonkan, calon yang akan digugurkan dan tidak kurang juga yang calon yang menarik diri..belum apa apa dah nak menarik diri..sebenarnya apa tugas sebenar seorang wakil rakyat? kebanyakan para wakil rakyat adalah mereka yang aktif di dalam dunia perniagaan. makanya, mereka akan lebih banyak masa untuk perniagaan mereka daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. ada yang menerima tawaran menjadi pengerusi beberapa buah syarikat, pertubuhan-pertubuhan berasaskan keuntungan mahupun tidak. jika bernasib baik, para wakil rakyat ini dilantik menjadi menteri atau jawatan-jawatan di dalam kabinet negeri mahupun persekutuan. jadi, mereka sudah kekurangan masa untuk bersama rakyat. adapun jika ada keramaian di tempat mereka. jika mereka dijemput pastinya mereka akan menghantar wakil atas alasan ada tugas yang penting untuk dilaksanakan. kita faham jika wakil rakyat kita seorang ketua menteri. menteri besar mahupun perdana menteri. atau para menteri atau setiausaha atau yang sama waktu dengannya.tetapi jika wakil rakyat kita hanya wakil rakyat??beliau sepatutnya lebih banyak masa bersama rakyat di bawah naunganya. adakah seorang wakil rakyat perlu dilayan seperti seorang kerabat diraja? diiringi para pegawai keselamatan? kenapa??adakah itu kelebihan seorang wakil rakyat? rakyat tidak boleh berjabat tangan dengan wakil rakyat kita sendiri atau kita pilih saja cara lain untuk memberitahu kepada para wakil rakyat bahawa tanpa rakyat maka tiadalah wakil rakyat. setiap rakyat berhak menentukan siapa yang patut menjadi wakil rakyat. makanya pilih lah mereka yang betul-betul dan yang benar-benar mahu menjadi wakil rakyat sepenuh masa bukan part time ya ataupun kontark lima tahun..kami mahu politik cara baru

help